Satu Halaman, Seribu Perkongsian

Ghurabaa Tidak Akan Tunduk Kepada Selain Dari Allah..

Saturday, 26 January 2013

Tanda-tanda Disihir (Santau)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.. Setiap pekerjaan kita dimulakan dengan namaNya, mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan, diberi petunjuk, dan mendapat keredhaanNya.. 

  Post kali ni, aku nak share dengan saudara saudari pengalaman aku sendiri yang dah lebih 3 tahun menderita disihir. Masalah ni ramai orang terlepas pandang, tambah pula kita sekarang dah moden.. Mempercayai diri disihir bukan perkara kurafat dan syirik.. Yang menjadi kurafat tu bila kita pergi cari bomoh yg bukan2 untuk berubat, dan menjadi syirik bila kita yakin dan percaya makhluk mampu menyembuh penyakit kita.. Jadi aku nak cerita serba sedikit tanda-tanda disihir atas pengalaman aku sendiri.

  Waktu tingkatan 5 dulu, aku selalu demam secara tiba-tiba.. Kadang2 dalam masa sehari je dah kebah, kadang2 seminggu baru kebah. Sebelum tu aku memang spesis manusia yg susah nak demam.. Seingat aku sepanjang 16 tahun mungkin 3 atau 4 kali je aku demam. Tekak sentiasa terasa berkahak, bila nak buang punye la susah macam terlekat gula2 getah. Kahaknya pekat, berubah-rubah, kadang2 putih pekat, hijau pekat,  hijau keperangan.. Selain tekak sentiasa berkahak, kerap batuk-batuk. Bukan kerap, setiap kali celik je mata mesti batuk.. Bukan diri sendiri je yg nak stress, orang keliling pun dah naik stress.. Batuknya kadang2 berkahak, dan kadang2 terasa seperti batuk kering sampai sakit anak tekak ni bila batuk.

  Selera makan pun dah mula hilang. Perut lapar, tapi bila nak suap nasi je hilang selera. Bau lauk pauk pun dah loya tekak, jadi nak selamatkan badan aku hanya makan roti atau keropok senang cite makanan ringan.. Dah tiada pilihan,  daripada aku tak makan dan aku terkulai macam ikan kering.
  
  Bila dah slalu demam, aku mula la selalu skip kelas.. Kadang lepas subuh tiba-tiba badan rasa lemah, rasa malas, rasa berat nak pergi sekolah.. Ubatnya ponteng la aku, tido kat asrama.. Semakin hot la aku dibualkan dek cikgu2 agaknya sebab selalu sangat tak pegi sekolah.. Dalam seminggu mesti sekurang-kurangnya sehari aku tak dapat pegi sekolah.. Bukan aku sengaja nak ponteng kelas, tapi memang aku tak mampu, nak angkat badan sendiri pun lemah. Kalau aku pegi sekolah pun, antara dua je aku dalam kelas, sama ada aku tido ataupun aku celik mata n blur.. Aku sedar exam penting tahun tu. Aku dah putus asa time tu nak teruskan usaha buat yg terbaik untuk SPM. Kelas dah banyak skip, nak kejar sendiri pun dah tak mampu. 
  
  Bukan aku tak usaha pergi jumpa doktor. Dah banyak kali dah.. sekali pegi doktor bagi ubat cair kahak. Pergi kali kedua, bagi ubat batuk + ubat pencair kahak.. Pergi kali ketiga, bagi ubat batuk lagi tapi dos yg lebih tinggi + antibaotik + vitamin + ubat macam.. Dah berapa banyak ubat aku telan, pun tak sembuh-sembuh lagi (Ye la bukan ubat menyembuh penyakit, Allah yg menyembuhkan penyakit ).. Dah puas makan ubat, jumpa doktor lg sebab tak sihat dan ubat yg diberi tak berkesan.. Doktor dah garu kepala, kemudian arah pergi ujian darah pulak. Bila keputusan ujian darah keluar, tak da penyakit apa2 pun dikesan, TB ke H1N1 ke... Keputusannya "AKU SIHAT" walaupun batuk dah macam nak terkeluar anak tekak. Tak cukup klinik kerajaan, klinik swasta pergi klinik swasta pulak. Sama jugak, duit habis penyakit tak sembuh.. Beli la bermacam vitamin, ubat batuk, dll kat farmasi, dgn harapan ikhtiar kali ni berjaya.. pun tak jugak. Makan ubat apa-apa pun macam tak beri kesan positif lansung.
  Itu dari segi fizikal dan zahirnya.. Dari segi mental pulak, aku selalu rasa runsing dan cepat marah. Pemikiran jadi lembab mcm siput sedut, nak belajar rasa takda mood. Selalu rasa malas nak ibadat, malas nak baca Quran, malas nak solat sunat, solat fardhu pun buat dalam keadaan jiwa yg terasa sgt berat, nak bangun subuh punyalah seksa. Kalau dah tido mcm nak tido selamanya. Sebelum tu aku tak la seteruk tu, malas sikit-sikit tu biasa la, tapi malas masa tu sangat kritikal. Selain tu, aku selalu dapat mimpi-mimpi ngeri, dan yg tak tahan nye berulang-ulang mimpi yg sama tiap kali aku tido. Antara mimpinya " Aku dilanggar lori, badan aku terputus di pinggang dan terbahagi kpada 2 bahagian.. yang ngerinya aku masih hidup, dan berusaha bergerak-gerak untuk ketepi jalan." Aku juga lebih suka bersendirian dan semakin malas nak bergaul, dan rasa kasih sayang dalam hati aku hilang begitu saje sampai lupa sahabat, lupa kawan.

  Dalam 3 - 4 bulan badan aku mula kurus, muka dah cengkung dan pucat. Berat badan aku turun mendadak, mungkin sebab aku tak makan makanan berkhasiat dek kerana hilang selera makan. Disebabkan fizikal aku yg dah kritikal makcik tukang kebun asrama yg mungkin berilmu tentang sakit2 disihir ni tegur aku. Awalnya aku kata demam je. Bila dah lama makcik tu cuba pegang tangan aku, ditekannya setiap kuku-kuku aku.. "Sah dah hang kene buatan orang, cepat-cepat berubat.. Ni dah teruk ni", kata makcik tu.. Tergamam aku masa tu. Tak pernah terlintas difikiran aku yg aku sakit disihir. 

Antara cara rawatan yg aku lalui di Darussyifa ( Gambar hiasan, tu bukan aku)
  Makcik tu ajar aku cara buang kahak-kahak dan kotoran dari dalam perut dan saluran masuk dari tekak. Dengan minum segelas air suam selepas bangun awal pagi, dan cuba muntahkan semula. Aku cuba dengan penuh semangat pagi tu, bila aku muntah je... boleh dikatakan ubat-ubat pil yg aku telan selama ni seperti tak terhadam dalam perut dan keluar bersama cecair pekat warna hijau. Sangat mengejutkan bila aku tengok ubat-ubat tu keluar dalam keadaan 80% sempurna. Dalam hati aku, hebat penangan sihir ni sampai ubat pun tak masuk dalam badan.
  Jadi malam tu aku jumpa ustaz Juneed yg kebetulan warden asrama masa tu. Aku yakin ustaz boleh tolong. Awalnya ustaz macam tak percaya aku disantau. Tapi lepas aku ceritakan tanda-tandanya, ustaz sedia merawat.. Oh sungguh terseksa bila buluh diselit dicelah-celah jari kaki aku masa tu. Sakitnya Allah sahaja yg tahu.. Sekali proses rawatan je, lepas tu Alhamdulillah, aku mula beransur pulih, dah boleh fokus belajar, boleh bangun malam, dan tak diganggu lagi dek makhluk2 pelik waktu malam, dah tak batuk-batuk.. Maka aku tinggalkan zaman persekolahan dengan pengalaman yg hebat..
  Cerita tak habis disitu, selepas setahun kemudian aku mula batuk2 semula dan aku tak terfikir ia disebabkan santau yg dulu. Kali ini lebih kritikal bila aku selalu terasa sesak nafas, sakit dada, dan sakit2 urat.. Bila cedera ketika bersukan, badan aku ambil masa yg lama untuk pulih walapun hanya tergeliat biasa. Degupan jantung sangat pelik, dan kadang2 sgt sakit tapi tak mampu dikesan oleh mesin ECG.. Selain tu bibir selalu kering dan pecah-pecah + ulcer, walaupun aku minum air pada kuantiti yg banyak.. Kami berhabis duit beratus-ratus ikhtiar mencari ubat dan rawatan moden.. 
  Ikhtiar terakhir kami, pergi dapatkan rawatan islam di Darussyifa di Bandar Baru Bangi [ http://www.darussyifa.org ] .. Alhamdulillah, sudah setahun lebih aku istiqamah ke sana. Sekarang dah penggal kedua aku ulang alik ke Darussyifa tu. Sebelum ni dah sihat (Raya Puasa lepas) jadi ustaz dah izinkan aku jalankan kehidupan macam biasa. Tapi baru2 ni tiba2 sindrom tu datang lagi, jadi dua minggu lepas aku terpaksa ulang alik lagi ke Bangi. =) 

  Jadi kepada sesiapa yg ada sindrom yg sama seperti aku, dan dah berusaha dapatkan rawatan moden tapi masih tak sembuh. Silalah ikhtiar kearah perubatan islam.. Bukan semua penyakit mampu dikesan oleh alat moden.. Dan kalian harus ingat, semakin akhir zaman semakin hebat sihir menyihir ni. Jadi ikhtiarlah disamping berdoa dan menjaga amalan. InsyaAllah setiap penyakit itu ada ubatnya.. Dan kepada para doktor, please beri kepercayaan kepada rawatan islam, dan ambil tahu mengenai sindrom sihir ini.. Jangan biarkan pesakit anda sentiasa jumpa anda dlm keadaan yg sama, malah lg parah.. 

Sebarang Pertanyaan boleh pm di fb, ymail atau skype. (O.o)

12 comments:

  1. Maaf nak tanya,berapa kali saudara berulang alik ke Darussyifa' tu?Saya pun skrg sedang mendapatkan rawatan di sana.Alhamdulillah ada perubahan positif.Disamping dirawat kita pun kena sama2 merawat diri kita kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk kali jugak la.. Tiap minggu skali sy pegi sampai habis 2 semestar jugak.. Pastu kemudian tu pun pegi lagi.. x terkira la.. :)

      Delete
  2. sedara saya ada sebijik symptom mcm sedara...sy puas da pegi doctor die siap bgi pill tido ubat stress ubat anxiety...tpi sy lawan la..benda yg saudara ada semua nye sy ada...kdg2 terjaga pukul 3 pagi secara tiba dlu ada la rasa berdebar2 badan rasa berat....tpi sejak sy x endah kan benda2 tu die cam xde just terjaga je..kdg rse takut ade benda rse dkt tpi sy buat tatawu je....kahak tu xpayah nk kata la siap org panggil saya 'spitting freak' sbb kuat meludah dulu ingat sebab resdung atau isap rokok, benti isap rokok sama je....semua simptom saudara ada sy ada...tpi still sy masih dlm keadaan xboleh percaya orang nak santau2 ni...bapak sy dlu penah kena smpi haron din baca ayat pemecah keluar habuk kaca dri badan,kemudian mak sy kena xsuka blk ruma....panjang cite semua tu...tpi paling penting sy kena benda ni lama da dri diploma 2005 smpi skg 2013 masih ada benda2 ni...skg sgt teruk...kadng sangat x selesa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy cadangkan dptkan rawatan islam.. rawatan islam ni x semestinya rawat santau、 sihir je. Maybe penyakit yg luar dri ilmu doktor.. Lepas tu jgn lupa amalkan almathurat.. Pendinding utk kita dri kejahatan manusia n syaitan.. kalau dibiarkan nnt parah jugak, diri sendiri dah komfem susah, takut zuriat pun ada kesannya..

      Delete
  3. salam..saya baru disantau.. tetapi orang yg hantar santau kt saya tu student darussyifa nie..dh berumur dh org yg hantar santau tu..saya x sgka org yang ada ilmu Allah mcm tu pun sanggup syirik ngn Allah..sy mintk supaya Allah membuka hatinya untuk bertaubat dan mengerti bahawa santau yg dia hntar tue sgt sakit utk diri saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah.. mcm mane blh tahu si penyihir tu siapa, harap jgn tersilap tuduh (atau kadang2 ada pihak/bomoh/perawat yg akan kata si dia yg buat).. Apa2 pun kite kene redha, mungkin Allah bagi sakit mcm ni utk hapus dosa kita yg x terkira byknya.. Dan sesiapa pun x blh bagi mudarat kpd yg lain tanpa izin Allah.. semoga saudara cepat sembuh.

      Delete
  4. Sy pn da lama menderita batuk muntah pg dan malam...pening doktor mendengar...slalu masalah sama sahaja tp mcm2 ubat cuba xberkesan...mungkin perlu rawatan islam pula mcm saudara..tma ksh sudi kongsi...mst tinggi kos selalu kena pergi berubat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan kat darussyifa x dikenakan caj wajib, derma ikhlas saje yg ada.. jadi xde masalah utk mereka yg ada masalah duit.. tpi bila kite fikir balik, pegi klinik cek + ubat pun kadang dah kene berpuluh2 ringgit terutamanya klinik swasta, so x berat tangan kite nak hulur semampu+seikhlas utk bantu tampung kos pusat rawatan tu..

      Delete
  5. Terima kasih sbb sharing pengalaman saudara. sy mencari ilmu ini disebabkan diugut utk disantau. jika sy diuji. sy tahu kemana hendak dituju. terima kasih saudara.

    setakat ini sy akan cuba mencegah semampu sy. insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Darulsyifa di johor bahru ada x?sy mmg ada terkena santau tp da g berubat.tp badan sy masih sakit lg.nk buat pergerakkan terbatas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara boleh cek link kat bawah utk tahu pusat rawatan setiap negeri;
      http://www.darussyifa.org/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=33
      Sakit santau ambik masa nak pulih.. saya sampai sekarang pun masih ada lgi kesan2 nye..
      Usaha n doa jalan terbaik.. insyaAllah..

      Delete
  7. Biasakn diri amal ayat 3 kul.


    ReplyDelete